Tuesday, September 16, 2008

MSN amal sikap 'kedekut' agih bantuan

Artikel dari Berita Harian 17 September 2008.

Hari ini saya amat tertarik dengan berita Majlis Sukan Negara (MSN) amal sikap kedekut agih bantuan, dan disini saya ingin berkongsi pendapat kepada pembaca semua. Saya amat bersetuju dengan langkah MSN untuk lebih berjimat dalam pengagihan bantuan kewangan kepada semua persatuan sukan. Saya juga amat bersetuju dengan kata-kata Ketua Pengarah MSN untuk mengurangkan pembiayaan secara mendadak kepada persatuan sukan yang gagal menyerlah. Pada pendapat saya, ini adalah satu langkah yang baik oleh MSN kerana mereka ingin memberi tumpuan dan keutamaan kepada tiga sukan utama iaitu Asia, Komanwel dan Olimpik.

Selain itu, langkah MSN yang hanya memilih jurulatih yang menunjukkan peningkatan pada persembahan atlitnya saja akan kekal manakala yang gagal akan ditamatkan khidmat mereka amat saya sokong sepenuhnya. Ini bertujuan untuk melahirkan atlit yang berwibawa saja yang akan layak untuk mewakili negara. Saya juga amat sedih kerana MSN banyak melabur dari segi kewangan kepada atlit kita untuk meningkatkan prestasi atlit tetapi amat mengecewakan kerana pelaburan mereka tidak menyamai dengan pelaburan tinggi yang MSN lakukan. Saya juga menyokong MSN dengan langkah-langkah yang diambil ini kerana MSN perlu mengalihkan perhatian mereka kepada persiapan pasukan menghadapi Sukan Asia dan Komanwel 2010 dengan sasaran untuk memperbaiki pingat dalam kedua-dua temasya tersebut. Cadangan saya agar semua jurulatih melaksanakan tugas dan peranan mereka dengan lebih gigih dan bersemangat untuk melahirkan atlit yang berwibawa dan bermutu saja untuk mewakili negara. Majulah sukan untuk negara.

Sekian, pendapat saya.