Wednesday, September 24, 2008

'Bukan masa dabik dada'

Artikel dari Berita Harian, Rabu, 24 September 2008

Adakah anda sukakan sukan gimnastik?? Kalau anda suka... disini saya nak berkongsi maklumat dan berita tentang pencapaian atlit gimnastik Malaysia kita pada Kejohanan Gimnastik Terbuka Vietnam akhir bulan lalu. Mereka telah berjaya meraih 16 pingat termasuk 5 emas, 3 perak dan 8 gangsa. Walaupun mereka telah berjaya pada kejohanan tersebut ini tidak bermakna mereka boleh mendabik dada untuk bermegah. Sememangnya mereka perlu bersyukur dengan pencapaian mereka.

Bagi pendapat saya, penglibatan Malaysia dengan Kejohanan seperti ini adalah satu langkah yang bagus kerana ini memberi peluang kepada atlit gimnas negara untuk menonjolkan bakat masing-masing. Selain itu, ia sebagai satu pendedahan kepada saingan luar negara buat mereka. Kontinjen negara membabitkan sembilan atlit iaitu masing-masing empat artistik lelaki dan wanita selain Lydia yang mengungguli acara tali, gelung dan riben.

Tetapi mereka perlu ingat, pencapaian seperti ini hanya diraih ketika tiada saingan sengit dari gimnas negara lain, contohnya negara Eropah. Saya amat bersetuju jika Malaysia menyertai kejohanan seperti ini pada masa-masa akan datang. Saya mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Tahniah kepada mereka yang telah berjaya.

Sekian, pendapat saya.

No comments: