Wednesday, October 8, 2008

Tiada lagi alasan dolak-dalik'

Artikel dari Berita Harian pada 9 Oktober 2008, Khamis.

Adakah anda gemar dengan sukan bola sepak?? Disini saya ingin berkongsi maklumat tentang Pestabola Merdeka ke-40 yang akan berlangsung pada 15 hingga 25 Oktober 2008. Dari tajuk di atas, saya difahamkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad mengakui skuad negara tidak punya alasan lagi kerana sudah mendapat masa yang secukupnya untuk bersedia bagi kejohanan kali ini. B. Sathinathan selaku jurulatih skuad Malaysia juga sepatutnya tidak perlu ada alasan lagi untuk menampilkan aksi longlai pada kejohanan itu nanti.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, terdapat dua kumpulan yang akan terlibat dalam kejohanan ini iaitu Kumpulan A terdiri dari negara Malaysia, Sri Lanka, Nepal dan Afghanistan, manakala Kumpulan B terdiri dari Myanmar, Mozambique, Bangladesh dan Vietnam. Sesiapa yang pernah mengikuti kejohanan ini juga perlu berbangga kerana Malaysia adalah juara bertahan dalam Kumpulan A. Saya harap pada kejohanan pada kali ini juga akan menyebelahi Malaysia. Semua perlawanan Kumpulan A akan dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) manakala Kumpulan B akan bermain di Stadium Shah Alam dengan dua perlawanan diadakan pada setiap hari. Di samping itu juga, perlawanan ini akan digunakan sepenuhnya sebagai persiapan menghadapi Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Disember ini.

Walau apapun, saya harap skuad negara kita telah bersedia untuk kejohanan ini. Apa yang penting mereka tidak berputus asa dan bersemangat dan bekerja keras dalam sesi latihan mereka. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan semoga kemenangan menyebelahi skuad negara kita.

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk menonton kejohana ini bolehlah mendapatkan tiket perlawanan awal berharga RM10 boleh dibeli di pintu masuk stadium bermula jam 4 petang manakala bagi saingan separuh akhir, harga tiket ditetapkan pada RM20 dan separuh harga bagi kanak-kanak.

Sekian, pendapat saya.

No comments: